Monday, March 20, 2017

Tulahan : Kekal berjuang, terus berdakwah tidak menghukum

Salam,
Hari ini dah masuk pertengahan Mac, penulis cuti ada masa nak menulis tentang dakwah di kampung dan perjuangan bersama parti baru.
Sudah hampir tiga tahun penulis berdakwah ajak orang kampung solat, ajak orang kampung solat jamaah di surau. Dalam tempoh itu, ada ketika ramai yang ke surau, ada ketika kurang, paling ramai pun berjamaah di surau hanya 12 orang pada waktu Isyak.
Ada yang kekal solat lima waktu dan kekal solat jamaah di surau, ada yang tidak boleh capai lima waktu tapi masih datang berjamaah di surau. Ada yang kerap datang ke surau kemudian tidak datang dalam tempoh yang lama.
Namun , bila masuk tahun 2017, ada seorang kawan penulis anak arwah imam tua balik duduk di kampung. Kawan ini datang solat di surau dan bagi beberapai dea kepada penulis untuk menarik orang kampung ke surau.
Penulis sokong dan terima idea dia. Walaupun kemampuan agamanya kurang tetapi dia rajin melaksanakan idea ini. Usaha ini dibantu pula dengan seorang kawan yang juga balik duduk di kampung. Kawan ini pula tinggal hampir dengan surau. Jadi surau ini pasti akan sentiasa berjamaah walaupun penulis tiada kerana dia boleh jadi imam jika tiada yang boleh jadi imam.
Akhirnya, usaha kami bertiga ini menampakkan kejayaan yang amat ketara. Orang kampung dan anak muda kampung ramai yang datang ke surau. Jamaah waktu Subuh kadang-kadang capai lebih 12 orang. Paling ramai pada waktu Isyak , jamaah kadang-kadang capai hampIr 30 orang sehingga tak cukup satu saf . Dah jadi macam sembahyang tarawih bulan Ramadhan.
Penulis tetap meneruskan mengajar setiap hari selepas Maghrib dan penulis ulang semula mengajar bab solat kerana yang mendengar sudah ramai. Banyak ilmu yang mereka belajar tentang solat , tentang masbuk , tentang kesalahan solat, tentang solat jamaah, solat-solat sunat. Paling akhir ada kematian di kampung. Sudah ramai yang boleh dan berani solat jenazah.

Penulis bukan sahaja ajar mereka, perbetulkan solat mereka malah beri peluang kepada mereka menjadi imam. Sekarang tiada masalah surau tidak ada solat jamaah kerana sudah ramai yang boleh jadi imam termasuk kawan penulis yang bagi idea.
Beberapa orang muda yang pernah penulis cerita datang surau kemudian lama tak datang. Sekarang setiap hari berjamaah di surau. Penulis cukup bersyukur , doa penulis agar Allah memberi hidayah kepada orang kampung berjamaah di surau sudah dimakbulkan.
Walaupun masih belum semua tetapi sudah capai 80 peratus dari orang lelaki di kampung yang hadir berjamaah. Lagipun kampung penulis hanya ada 40 buah rumah. Cuma , penulis sedang berusaha supaya mereka yang datang solat berjamaah di surau akan juga solat lima waktu bukan hanya waktu Maghrib, Isyak dan Subuh.
Penulis sudah usahakan adakan solat jamaah waktu Asar kerana penulis sudah balik kerja pada waktu Asar. Cuma waktu zohor, penulis tak mampu kerana bekerja. Kawan penulis pun kerja pada waktu ini. Masalah tiada jamaah pada waktu zohor ini bukan berlaku di kampung penulis malah di kebanyakan surau . Keadaan ini tidak berlaku di masjid kerana masjid mempunyai bilal bertugas yang ada elaun.
Kerja dakwah ini masih belum selesai selagi ada yang belum solat dan yang belum solat lima waktu. Penulis akan teruskan usaha dan akan terus berdoa kepada Allah.  Sejak masuk parti baru , penulis banyak belajar tentang pendekatan dakwah yang tidak menghukum sebaliknya sentiasa menekankan bahawa Islam itu rahmat kepada sekalian alam.
Sejak awal penulis di kampung , penulis selalu bagi tahu orang kampung yang datang ke surau supaya tidak mengata , tidak menghukum kepada yang tidak datang kerana Allah belum beri hidayah kepada mereka. Pendekatan in ternyata memberi kesan kerana ramai yang baru hadir adalah mereka yang tidak solat malah hanya solat semasa datang ke surau.
Walaupun datang hanya untuk satu dua waktu solat di surau, percayalah bahawa suatu hari nanti mereka akan solat lima waktu apabila Allah memberi hidayahNya.  
Perjuangan dengan parti baru terus berjalan , ahli parti semakin hari semakin bertambah. Sasaran 50 ahli baru setiap bulan ada bulan tercapai , ada bulan hampir tercapai. Yang pasti setiap bulan ada permohonan ahli baru.
Parti lama semakin hari semakin keliru, semakin hari semakin disukai Ubn. Setiap hari tv3 dan Utusan beri liputan luas kepada aktiviti parti lama. Ahli parti lama makin lama makin sedar bahawa ada yang tidak kena dengan parti lama. Liputan bukan hanya aktiviti peringkat atasan , sekarang turun membuat liputan aktiviti parti lama kawasan.
Baru-baru ini mesyuarat agung parti lama kawasan penulis turut disiar di tv3 , wartawan utusan juga berlegar dalam premis markas. Diberi layanan istimewa walaupun sudah tahu tv3 dan utusan ini media fitnah , dah berapa kali  kalah dalam saman fitnah.
Ahli parti lama bukanlah tidak boleh berfikir, mereka berfikir dan memerhatikan perubahan parti lama. Sebab tu ramai yang mohon jadi ahli parti baru, cuma mereka mohon dirahsiakan supaya tidak timbul pandangan serong oleh ahli parti lama yang masih kekal .

Penulis dengar cerita sahabat dalam parti lama, perasmian mesyuarat agung cawangan dibuat secara berkelompok. Perkara yang tidak pernah berlaku semasa penulis pegang SU Kawasan kerana penulis tahu jika buat secara kelompok banyak cawangan yang tidak akan buat mesyuarat agung cawangan. Ini menyalahi peraturan mesyuarat agung, perwakilan yang hadir tidak sah. 

Ada yang bagi tahu sebab cawangan parti lama dah tak mampu buat mesyuarat agung. Penulis tidak nafi tapi bagi penulis perasmian secara kelompok dibuat kerana Ajk kawasan yang dok ada malas nak turun cawangan jadi ambil mudah urus cawangan. Biarlah, mungkin inilah cara politik matang dan sejahtera .
Baru-baru ini berlangsung program Tun M di kawasan penulis, ribuan yang hadir walupun diadakan sebelah petang. Ramai yang hadir penulis tidak kenal, pastinya ahli dan penyokong Ubn, ada juga ahli dan penyokong parti lama selain ahli parti baru. Penulis yakin ahli dan penyokong Ubn sudah lebih 15 peratus meninggalkan Ubn dalam kawasan penulis.
Harapan untuk menang kerusi Dun nampak cerah kerana persaingan tiga penjuru di kawasan penulis adalah dengan Ubn bukan parti lama. Apabila undi Ubn kurang , undi ini akan menambah undi parti baru. Justeru , peluang menang adalah cerah.
Parti lama akan sentiasa berada di kedudukan ketiga terutama di kawasan pengundi Bukan Melayu lebih 20 peratus. Kenapa ? kerana parti lama tidak  lagi diundi pengundi Bukan Melayu terutama orang Cina. Parti lama bergantung kepada akar umbi tetapi jumlah undi ini tidak cukup untuk membolehkan parti lama menang.
Walaupun peluang cerah, usaha tetap diteruskan bagi menambah ahli dan cawangan baru. Akar umbi cukup penting untuk mengerakkan jentera pilihanraya. Usaha ini akan beterusan sehingga pilihanraya menjelang. Penulis akan terus berdakwah di kampung dan berjuang bersama parti baru . Semoga Allah mempermudahkan.
Wassalam

1 comment:

Anonymous said...

The sands casino - Slots - SEGPAR
The sands casino, located just one mile from septcasino the popular Las Vegas 바카라사이트 strip, has been developed by The Dunes Entertainment and is one of choegocasino the premier property

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...