Wednesday, February 10, 2016

Kenali empat negeri yang mendapat keberkatan


Akhir zaman merupakan masa yang mendekati terjadinya hari kiamat.Berita tentang terjadinya hari kiamat sudah tertulis dalam Al-Quran dan Hadis. Mungkin tanda-tanda yang dijelaskan tersebut sudah terjadi.
Malah, dapat disimpulkan bahawa kita sedang menanti datangnya tanda kiamat besar.

Menjelang terjadinya kiamat besar, maka akan terjadi petaka dan huru hara yang akan melanda manusia khususnya umat Islam.

Dajjal laknatullah akan menebar fitnahnya ke berbagai penjuru bumi. Rasulullah SAW pun menganjurkan empat negeri ini untuk dihuni. Ini kerana negeri ini begitu diberkahi oleh Allah SWT. Berikut negeri yang dinyatakan Rasulullah dihuni pada akhir zaman.

1. Mekah dan Madinah Mekah menjadi salah sebuah negeri yang dinyatakan Nabi untuk dihuni. Ini kerana kota suci Umat Islam ini akan terbebas dari fitnah Dajjal yang kejam. Berdasarkan Hadis Nabi Muhammad SAW, Allah SWT menjamin bahawa kota ini akan dipelihara oleh malaikat dari fitnah Dajjal.

 “Tiada suatu negeri pun melainkan akan diinjak oleh Dajjal, kecuali hanya Makkah dan Madinah yang tidak. Tiada suatu lorong pun dari lorong-lorong Makkah dan Madinah itu, melainkan di situ ada para malaikat yang berbaris rapat untuk melindunginya. Kemudian Dajjal itu turun lah di suatu tanah yang berpasir ( di luar Madinah ) lalu kota Madinah bergoncanglah sebanyak tiga goncangan dan dari goncangan-goncangan itu Allah akan mengeluarkan setiap orang kafir dan munafik (dari Makkah – Madinah) .” (Riwayat Muslim).



 2. Yaman Allah juga melebihkan negeri Yaman dibanding negeri-negeri lainnya setelah Mekah dan Madinah. Negeri Yaman ini mendapat julukan dari Allah SWT dengan sebutan baldatun thayyibatun wa Rabbun ghafur (Negeri yang aman, dan senantiasa mendapat ampunan Rabb-nya). Selain itu, Nabi Muhammad juga mencadangkan negeri ini dihuni di akhir zaman. Pada akhir zaman nanti, umat Islam pada akhirnya akan menjadi pasukan perang. Perakara ini sudah disabdakan Nabi Muhammad SAW. Dari Abdullah bin Hawalah mengatakan,

” Nabi shallallahu’alaihi wasallam bersabda, “Pada akhirnya umat Islam akan menjadi pasukan perang, satu pasukan di Syam, satu pasukan di Yaman, dan satu pasukan lagi di Iraq. Hendaklah kamu memilih Syam. Kerana ia adalah negeri pilihan Allah. Allah kumpulkan di sana hamba-hamba pilihan-Nya. Jika tak mampu, hendaklah kamu memilih Yaman dan berilah minum (haiwan kamu) dari kolam-kolam (di lembahnya). Kerana Allah menjamin untukku negeri Syam serta penduduknya.” (HR. Abu Dawud, Imam Ahmad, Al-Hakim, dan Ibnu Hibban.

Dinilai shahih oleh Al-Hakim dan Al-Albani) Dari Abu Hurairah – radhiyallahu ‘anhu – dari Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam beliau bersabda: “Penduduk Yaman telah datang kepada kamu, mereka adalah orang-orang yang paling luluh hati, dan paling lembut hati, keimanan ada di Yaman dan hikmah ada di Yaman. (HR: Bukhari – Muslim).

Dari sahabat Tsauban berkata, Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam telah bersabda, “Sesungguhnya kelak aku akan berada di samping telagaku. Kemudian Aku akan menghalangi orang-orang yang akan meminum dari telagaku, agar penduduk Yaman dapat meminumnya terlebih dahulu. Aku memukul dengan tongkatku, sehingga air telaga tersebut mengalir untuk mereka.” (HR. Muslim)

Dari Ibnu Umar beliau menyebutkan Nabi shallallahu Alaihi Wasallam pernah berdoa: “Ya Allah berkatilah kami pada Syam dan pada Yaman. (HR: Bukhari)

Lantas adakah doa yang lebih mustajab dibanding Doa Nabi? Nabi Muhammad SAW pernah memuji kota ini dalam sabdanya, "Sesungguhnya aku benar-benar mencium harumnya kurnia Tuhan yang Maha Pemurah dari Yaman. Berapa banyak mata air kemurahan dan hikmah yang terpancar dari sana."

Allah SWT juga berfirman dalam Alquran QS. Al-Maidah 54 yang artinya: “Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu’min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas [pemberian-Nya] lagi Maha Mengetahui” (QS. Al-Maidah 54)

Pendapat dari sebahagian ahli tafsir menyatakan bahawa kaum yang disebutkan di atas adalah kaum Ansar. Namun, pendapat yang lebih kuat mengenai identiti kaum yang disentuh dalam ayat di atas; sebagaimana dijelaskan oleh Imam al Qurtubi dalam tafsirnya, adalah penduduk negeri Yaman; kaumnya sahabat Abu Musa al Asy-‘asy’ari radhiyallahu’anhu.

“Turunnya ayat ini; terang Imam Al Qurtubi, berkenaan dengan kabilah yang bernama al Asy-‘ari. Dalam riwayat disebutkan: setelah ayat ini turun, beberapa rombongan kapal dari kabilah al Asy-‘ari dan kabilah-kabilah lainnya dari negeri Yaman, datang melalui jalur laut. Mereka adalah kaum muslimin yang tertindas di negerinya pada masa Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam masih hidup. Merekalah yang berjasa dalam penaklukan negeri Irak (melalui perang Al Qodisiyyah) pada masa kekhilafahan Umar radhiyallahu’anhu.”

3. Syam Negeri syam juga menjadi salah sebuah negeri yang disebut-sebut Rasullullah dan mendapat keberkahan dari Allah. Negeri ini sentiasa dipelihara malaikat sehingga sesuai dihuni pada akhir zaman nanti. “Beruntunglah negeri Syam. Sahabat bertanya: mengapa ? Jawab Nabi saw: Malaikat rahmat membentangkan sayapnya di atas negeri Syam.” (HR. Imam Ahmad) Dijelaskan Nabi bahawa Syam merupakan pusat negeri Islam di akhir zaman.

Nantinya disinilah akan menjadi tempat huru-hara dan peperangan dahsyat. “Pada akhirnya umat Islam akan menjadi pasukan perang: satu pasukan di Syam, satu pasukan di Yaman, dan satu pasukan lagi di Iraq. Ibnu Hawalah bertanya: Wahai Rasulullah, pilihkan untukku jika aku mengalaminya. Nabi saw: Hendaklah kamu memilih Syam, kerana ia adalah negeri pilihan Allah, yang Allah kumpulkan di sana hamba-hamba pilihan-Nya, jika tak mampu hendaklah kamu memilih Yaman dan berilah minum (haiwan kamu) dari kolam-kolam (di lembahnya), kerana Allah menjamin untukku negeri Syam dan penduduknya.” (HR. Imam Ahmad)

“Al-Masih Dajjal akan datang dari arah timur, ia menuju Madinah, hingga berada di balik Uhud, ia disambut oleh malaikat, maka malaikat membelokkan arahnya ke Syam, di sana ia dibinasakan, di sana dibinasakan.” (HR. Imam Ahmad). 

Pada masa ini, Negeri Syam merujuk kepada beberapa tempat di Timur Tengah seperti Lubnan, Palestin dan Syria.  Ilmu pengetahuan sempurna datangnya dari Allah SWT. MalayWorld

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...