Saturday, August 24, 2013

Tulahan : Pemimpin akar umbi dicari-cari, pemimpin tertinggi dilabel-label

Salam,
 Photo: Aku rindu bangat
Dua hari penulis balik raya di kawasan, dapatlah juga penulis pergi beraya ke rumah beberapa orang pimpinan cawangan yang masih belum berupaya buat mesyuarat agung. Tujuannya , nak tunjukkan kesungguhan jamaah kawasan supaya cawangan mengadakan mesyuarat agung.

Sepatutnya  pertengahan Ramadhan lepas dah tamat tempoh cawangan adakan mesyuarat agung. Namun, jamaah kawasan longgarkan sehingga selepas Syawal kerana cawangan sukar cari masa sesuai adakan mesyuarat agung dalam bulan Ramadhan. 


Seminggu selepas penulis balik, dua daripada cawangan ini dapat adakan mesyuarat agung. Lima daripada tujuh yang belum adakan mesyuarat agung penulis yakin mampu adakan mesyuarat agung . 


Cuma dua cawangan yang penulis rasa sukar adakan mesyuarat agung , satu kerana Ketua Cawangannya sakit dan beliaulah selama ini menguruskan cawangan itu. Satu lagi kerana SU cawangannya tinggal di Pulau Pinang ada masalah peribadi , selama ini dia yang uruskan mesyuarat agung.


Inilah masalah jika , jika cawangan gagal sediakan pelapis. Jika berlaku masalah kepada tonggak cawangan , tiada yang mampu menganti kerana selama ini diserah kepada hanya seorang menguruskannya. Kedua-dua cawangan ini setiap tahun adakan mesyuarat agung sebelum ini, harapnya cawangan ini dapat juga adakan mesyuarat agung.


Pun begitu, penulis puas hati kerana tahun ini jumlah cawangan yang gagal adakan mesyuarat agung kecil. Cawangan yang dah bertahun tak mampu adakan mesyuarat agung dah dapat adakan mesyuarat agung. Dua cawangan penaja telah diluluskan pendaftaran jadi dapatlah dua cawangan ini hantar perwakilan ke mesyuarat agung kawasan.


Bila penulis turun bertemu pimpinan cawangan, penulis rasa kagum dengan keihlasan dan semangat mereka untuk berjuang . Mereka bagi tahu sukarnya nak gerakkan ahli di cawangan untuk buat kerja jamaah , kebanyakan ahli hanya turun berkerja semasa pilihanraya. 


Walaupun ada antara mereka yang sakit, ada yang sudah berumur tapi tetap buat kerja jamaah apabila terima arahan dari jamaah kawasan. Bukan tidak ada yang muda, ada tapi macam-macam alasan diberi. Kerja kerajaanlah, ngajar J-Qaf tak boleh politiklah, takut dipecat ngajar KAFAlah , macam-macam alasan.


Inilah hakikat sebenarnya yang berlaku di akar umbi, ramai ahli termasuk yang ada kelulusan tinggi, lulusan agama tapi tak ramai yang berani ke depan. Ada yang dulu di kampus , dialah yang hebat tapi bila berada di medan sebenar, kerja pula kerajaan jadi penyokong senyap.


Tapi penulis hairan di musim pemilihan ini, dah mula timbul kenyataan pemimpin golongan itu dan ini tak layak memimpin jamaah. Pelik , di akar umbi tiada yang mahu ke depan memimpin jamaah sehingga banyak cawangan jamaah seluruh negara mati kerana tiada pelapis. Bila bab pilih pemimpin tertinggi jamaah ramai pula yang bersungguh nak ambil berat.

 

Yang buat kenyataan ini pula ada antaranya tidak pun berada di medan.Mereka buat kenyataan begini ikut pemimpin kesukaan mereka, ikut naqib, ikut murabi. Kalau naqib mereka tak suka pemimpin itu dan ini, mereka pun ikut tidak suka pemimpin berkenaan. 

Mereka taksub kepada naqib melebihi ketaatan kepada jamaah, walaupun terbukti naqib mereka melanggar keputusan jamaah, mereka tetap mempertahankan naqib mereka.


Label melabel sudah jadi makanan mereka tak kira dosa pahala. Tak kira siapa pemimpin itu, jika naqib tak berkenan , siaplah pemimpin itu dilabel parasitlah, pengkhianat partilah , macam-macam.


Facebook jadi medan mereka menghentam pemimpin, peringkat awal ramai yang dikenali tapi bila sudah ramai yang kenal mereka, dicipta akaun facebook pelbagai nama samaran tanpa mendedahkan identiti diri.

 
Mereka bertindak tanpa batas, tak kira siapa yang menyanggah pendapat mereka atau pandangan naqib mereka terus dilabel parasit.Serangan mereka kepada sesiapa yang menyanggah terlalu keras, walaupun mereka yang menyanggah bertujuan memberi nasihat dan tidak menyebelah mana-mana pihak 


Penulis ada pengalaman post berkenaan aktiviti Ahli Parlimen kawasan penulis dalam facebook jamaah kawasan. Terus ada komen, “ buat aktiviti parasit “ dari seorang friend facebook yang penulis tahu sedang belajar di Mesir. 

 

Bila beri nasihat supaya jangan komen macam tu sebab pemimpin tu AJK pusat jadi kena hormat pemimpin,  terus dilabel penulis dengan orang-orang jamaah kawasan penulis sama parasit.

Serangan terhadap pemimpin jamaah semakin mengila tanpa kawalan. Penulis juga yakin mereka berani menyerang secara terbuka kerana mencontohi naqib mereka. 


Jika naqib mereka yang berjawatan dalam majlis syura, dalam Jawatankuasa Pusat, dalam Dewan Ulama, dalam Dewan Pemuda , dalam Dewan Muslimat pun melakukan tindakan menyebarkan buruk pemimpin lain dalam facebook. Bagaimana pengikut naqib ini akan berhenti melakukan tindakan serupa.


Penulis mendapat tahu serangan terhadap pemimpin ini bukan sahaja berlaku di facebook dan blog malah sudah berlaku dalam program anjuran jamaah sendiri.  Setakat yang penulis dengar dari seorang sahabat dari kawasan lain. Mereka berselindung di sebalik program tarbiyah untuk memburukkan pemimpin-pemimpin yang tidak disukai.


Penulis hanya tahu program-program tarbiyah yang jadi medan menghentam pemimpin, namun bagi penulis tak kira apa-apa program jamaah , program lajnah , program dewan-dewan , semuanya tidak sepatutnya jadi medan menghentam antara satu sama lain. 


Tak tahulah ada atau tidak perkara ini dibincang secara serius di peringkat pusat, atau dibiarkan sahaja. Setakat ini tiada AJK Pusat yang secara terbuka menegur budaya tidak beradap ini. Kalau ada pun , secara kiasan atau secara tersirat. 


Adakah pimpinan pusat tidak berani menegur kerana naqib itu Ahli Majlis Syura, kerana naqib itu AJK Pusat? Tegurlah mereka, lakukanlah sesuatu kerana semakin hari sudah semakin biadap dan tidak beradap tindakan mereka.


 Wasalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...